Saturday, 25 February 2012
ALLAH... KAU ampuni dosa kami YA ALLAH... andai aku masih lemah di jalan menuju keredhaanMU , KAU pinjamkanlah kami kekuatan dariMU untuk kami terus kuat di jalan ini. YA ALLAH... jadikanlah kami dari golongan orang2 yang sentise menghidupkan taman2 syurga yang ade di muke bumi ini. kuatkan aku juge untuk m'lahirkan hamba2 MU yang akan membine taman2 syurga ... amin... KAU terimalah ini sebagai ibadah kami terhadap MU YA ALLAH...amin YARABBALALAMIN...
Oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56
ptg
Assalamualaikum w.b.t
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka
sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga
dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’
, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf
memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti
anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah,
doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8
adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.
Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh
kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan
tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4
jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian
belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8
tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau
muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau
hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’
itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri.
Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat,
berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta
akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.
Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk
berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang
menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru
beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah
di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung,
dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku
redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata
semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun
‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli
keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah.
Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari
arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya,
siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat
tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang
ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda
dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang
berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’
assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di
seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan
penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di
sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti
tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam
hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya
Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan
lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita
semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati..
ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa
titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda
Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti,
apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda
sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para
sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat
Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada
Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang
budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang
dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah
Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan
ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan
beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya
yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia
bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan
menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri
untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding
nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya
Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa
malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang
yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami
utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar
memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri,
Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah
tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil
orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk
membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh
syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi
syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan
apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka
mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan
antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan
seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu
yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka
sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka
yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit
dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan
yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar
mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang
yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus
duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan
mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik.
“Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira
dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh
yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi
tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur
atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia
sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi
tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh,
nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi
yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas
muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang
sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar
adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan.
Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.
Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga
yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke
akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para
sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat
sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh
Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya..
Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini
ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku
adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat
mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai
ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir..
InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’
alam..
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah
pengajaran kisah ini.
P/S: moge mnjadi sumber inspirasi buat sahabat-sahabat dan adik-adik
semue…. Moge kt semue d’beri k’izinan dan k’sempatan utk b’jumpe dgn kekasih
ALLAH dan juge lelaki p’tama yg b’takhta dlm ht kt semue itu insyaALLAH….
Amin…=)
Friday, 17 February 2012
alhmamdulillah...
moge hari ini jadi lbh baik dr semalam... pernah dengar tak orang kate yang kite semue same di mate ALLAH? @ jangan pernah berani nak nilai orang? lebih kurang la tu... alhmdulillah... "pernah la tu, insyaALLAH... =)"
pernah satu ketika dulu, ana duduk2 dengan makcik yang kerja sebagai pengawal di tempat ana study. kite tengok die biase je.. ye la... manusie cam kt... semue cukup. tapi, rupe2 nye, disebalik ketegasan beliau menjalankan tugas, die seorang yang sentiase mengejar cinta dan cita2 di jalan ALLAH.. subhanallah.... die de cerite kat ana yang die sedih dengan anak mude zaman sekarang... merempet la, tak hormat orang tue dan macam2 lg, dah la mase beliau cerite tu, tibe2 beliau teringat arwah suami beliau, lagi la luluh hati ana dengar mase tu... tapi, ape ana boleh buat, b'doa je la... tapi ana de pesan dengan makcik tu, kalau makcik masih berusaha jadi isteri yang baik di sisi ALLAH untuk suami makcik, makcik akan tetap jadi isteri orang yang makcik sayang tu sampai syurga... lagi la makcik tu menangis.... ana akan cube doakan yang terbaik untuk makcik selalu insyaALLAH....(ana tulis pe yang ana masih ingat, kalau jln ceritenye b'canggah dr cerite asl, mohon same2 d'ampunkn ALLAH)
Pointnye....
jangan sekali2 kt nilai orang dgan mate kt yg bute d cc ALLAH. sbb kt xtau mgkn seorang pengemis yg tersenyum kpd kt d'anggp lbh mulia d cc ALLAH d'bndingkn dgn kt yg bangga m'letakkn note rm50 ke dlm tabung masjid(nau'zubillah.....)
moge mnjadi p'igatn bt diri ana dan semue mkhluk ALLAH seluruhnye... insyaALLAH... amin....
moge hari ini jadi lbh baik dr semalam... pernah dengar tak orang kate yang kite semue same di mate ALLAH? @ jangan pernah berani nak nilai orang? lebih kurang la tu... alhmdulillah... "pernah la tu, insyaALLAH... =)"
pernah satu ketika dulu, ana duduk2 dengan makcik yang kerja sebagai pengawal di tempat ana study. kite tengok die biase je.. ye la... manusie cam kt... semue cukup. tapi, rupe2 nye, disebalik ketegasan beliau menjalankan tugas, die seorang yang sentiase mengejar cinta dan cita2 di jalan ALLAH.. subhanallah.... die de cerite kat ana yang die sedih dengan anak mude zaman sekarang... merempet la, tak hormat orang tue dan macam2 lg, dah la mase beliau cerite tu, tibe2 beliau teringat arwah suami beliau, lagi la luluh hati ana dengar mase tu... tapi, ape ana boleh buat, b'doa je la... tapi ana de pesan dengan makcik tu, kalau makcik masih berusaha jadi isteri yang baik di sisi ALLAH untuk suami makcik, makcik akan tetap jadi isteri orang yang makcik sayang tu sampai syurga... lagi la makcik tu menangis.... ana akan cube doakan yang terbaik untuk makcik selalu insyaALLAH....(ana tulis pe yang ana masih ingat, kalau jln ceritenye b'canggah dr cerite asl, mohon same2 d'ampunkn ALLAH)
Pointnye....
jangan sekali2 kt nilai orang dgan mate kt yg bute d cc ALLAH. sbb kt xtau mgkn seorang pengemis yg tersenyum kpd kt d'anggp lbh mulia d cc ALLAH d'bndingkn dgn kt yg bangga m'letakkn note rm50 ke dlm tabung masjid(nau'zubillah.....)
moge mnjadi p'igatn bt diri ana dan semue mkhluk ALLAH seluruhnye... insyaALLAH... amin....
alhmdllh... kt msh d'kurniakn ALLAH nikmat utk igt pdNYA... amin...
ana nak kongsi skt la kat cni...
kt kdg2 lupe yg kt ni t'lalu sombong pd ALLAH... nape plak?
asal sombong? sabar2....
kt lupe nak ucapkn syukur pd ALLAH... lupe yg air mate RASULULLAH SAW jauh lbh dulu jatuh ke bumi krn t'lalu rindukn kt. Baginda x m'nangis sbb nak tinggalkn para sahabat tp t'lalu sedih kerane rindukn kt ni... ummat Baginda.. tp, byk antara kt yg air matenye jatuh krn d'tinggalkn keksh yg die sndiri xtau kuat mane pgangan agamenye... ALLAHUAKBAR... maafkn kami YA ALLAH... cintailah ALLAH, cintailah RASULULLAH saw.... b'doalah agr kt dpt b'temu baginda satu hr nnt., insya ALLAH...
SALAM...
bismillahirrahmanirrahim.....
alhamdulillah.....
ni 1st time b'blog s'bnrnye....
tujuan? de.... mgkn utk same2 d barisan para mujahid m'negakkn agame ALLAH....
jd, sbrg k'kurangn mhn bntuan n sokongn sume ummat ISLAM untk same2 kt p'baiki diri insyaALLAH...
WE ARE THE BACKBONE OF UMMAH!!! ALLAHUAKBAR!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




