Friday, 2 March 2012



Assalamualaikumwarahmatullah…=)
Bismillahirrahmanirrahim…
Syukur alhamdulillah ke hadrat ILAHI atas nikmatNYA  yang tiada tolok bandingnya. Juga buat kekasihnya yang terlalu mulia di hati kami ummatnya, menjadi pemuda yamh terlalu dirindui oleh jutaan hati2 mujahid dan mujahidahseluruh alam, insya ALLAH…
Bermulanya ana menulis perkongsian ini , ketika ini jugalah hati mula berdegup kencang tatkala fikiran dibawa pulang ke suatu peristiwa  yang berlaku dalam hudup ana. Dan kerana peristiwa itu jugalah  ana tergerak hati untuk menulis perkongsian ini. Mohon doa semua pembaca agar kite menjadi orang yang ikhlas  dalam jihad di jalan ALLAH. Moga pemilik blog ini,(ana) juga ikhlas dan merendah diri apabila menulis perkongsian ini.amin…
Peristiwa besar dalam hidup ana berlaku pada 15 feb 2012. Sebagai pelajar, kerja harian amat meletihkan hamba ALLAH yang hina ini kerana ana sendiri mempunyai terlalu banyak kelemahan. Dakwah perlu diteruskan  walau apa jua keadaan . sakit, jatuh, tersungkur, hatta fitnah yang datang. Itu semua ujian ALLAH. Sabar adalah nadi kekuatan. Berhadapan dengan orang islam yang beragama islam lebih menguji kekuatan iman kalau nak dibandingkan dengan orang yang baru nak kenal islam. Ibu adalah antara orang yang buat ana terus kuat dalam dakwah. Bile ana cakap dengan ibu, “ibu, doakan akak jadi anak solehah tau.” Ibu cakap “insyaALLAH… ,tapi ingat, ujiannye banyak.” Memang pun. Lagipun RASULULLAH SAW juge pernah berkata, orang berusaha dekat dengan ALLAH ujiannye lebih laju dari air terjun,(wallahualam, asif andai tersalah…)  walaupun ana tidak mendapat pendidikan agama yang  formal dan berterusan, itu bukan bermakne ana x blh tegakkan agama ALLAH. Ana selalu kate pade diri ana, “YA ALLAH, ini bukan alasan untuk aku lemah di jalanMU, maka, KAU kuatkanlah aku.”
Nak dijadikan cerite, sebelum ana mengalami peristiwa tersebut, ana pening jugak memikirkan tajuk  minggu tu untuk program bersame muslimat yang ana handle, insyaALLAH… yang ana fikir, “YA ALLAH, aku ingin buat orang kenal ENGKAU YA ALLAH, kenal RASULULLAH SAW, rindu amat2 …”  fikir punye fikir,  idea masih bercelaru kat otak ana mase tu. Minggu lepas de plan nak buat slot terapi air, tapi hati macam kate hold dulu. Tibe2 tergerak nak buat macam halaqah sentuhan qalbu, tapi masih pening2 lagi. Tak pe la, ana buat je preparation malam tu.. sebelum  tidur, ana buat la math sikit, tapi disebabkan keletihan dan kepenatan, mate rase cam de gam je, pe lg, ana pn b’siap la nak tido.
Entah  kenape susah pulak nak tido malam tu. Jantung tibe2 berdegup kencang, hati mule rase x sedap. Disebabkan jantung yang pam terlalu laju, sampai ana boleh rase denyutan jantung sendiri satu badan. Mase tu, ALLAH saje yang tahu…”YA ALLAH… ape pula ujian yang ENGKAU mahu beri kepadaku? Aku lemah YA ALLAH. Andai KAU takdirkan sampai sini sahaja usia ku, KAU terimalah aku denagn baik,ampunkan dosaku, ikhlaskan hati ini untuk redha atas semua ketentuannMU.”  Ana pun cube lelapkan mate walau susah.
Alhamdulillah…. ALLAH MAHA BESAR… subhanallah…
Ana mimpi kekasih ALLAH. Atas kehinaan yang ada pada diri ana selama ini, ana x pernah terfikir yang ana layak bertemu dengannya walau sekelip mata. Tapi Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH beri pada ana,ana bersyukur sangat2. Dalam mimpi tu, ana de dengan ibu ana. Kami berada dalam rumah yang seolah kami berada di zaman Rasulullah saw. Yang ada hanya dinding dan lantai yang berwarna putih. Tiada pekakas walau satu. Mase tu malam dan rumah tu langsung tiade sumber cahaya. Salah satu pintu dalam rumah tu besar dari yang lain. Ada bukaannye. Mate ana dan ibu silau sangat2 mase tu sebab ade cahaye yang sangat terang. Rupe2 mase tu de seorang lelaki berdiri dekat dengan kami. Disebabkan takut mase tu, ana dan ibu berdiri belakang lelaki tersebut. YA ALLAH, indahnye die,  tibe2 hati ana kuat m’ngatakan itu Rasulullah saw.. ALLAH, beliau tidak berhenti tersenyum, indahnya saat itu. Baginda memakai jubah berwarna putih. Sempurnanya die. Ana cakap dengan ibu,” ibu, pergilah jumpe dulu.”  Ibu berdiri depan baginda , tak tau pe yang dibualkan. Lepas tu, ana pulak nak jumpe. Disebabkan terlalu malu dengan baginda mase tu, ana hanya mampu tunduk. Ana tak berani nak angkat muke mase tu. Tapi, ALLAHUAKBAR… tenang sanagt hati bile tengok muke baginda. Baginda tak berhenti senyum langsung dalam mimpi tu walau sesaat.ALLAH…Mase tu, rase macam nak pegang je jubah baginda. Ana nak rase, tapi ana malu sangat2, nak bagi salam pun ana x berani. Lepas tu, ana terus pergi belakang baginda. Tibe2, ana pun bangun dari tidur. Dada masih berdegup kencang mase bangun, hati kate, “betul ke aku mimpi tu?” ALLAH… KAU bantu lah aku…  lepas mandi, ana call ibu, cerite dengan ibu, Alhamdulillah… tenang hati ni sikit. Sejak tu, senyuman Rasulullah  menjadikan ana lebih kuat menghadapi ujian ALLAH, insyaALLAH.. kadang2 bile teringat mimpi tu,ana sedih sangat sebab, ana takut baginda xnak datang jumpe ana lagi. Ana nak jumpe baginda lagi, ana nak dengar suara baginda, ALLAH…  ENGKAU sahaja yang tahu hati ini. Esoknye, ana terus yakin untuk  tetapkan slot spiritual untuk program ana. Berbekalkan bahan yang ana cari,Alhamdulillah… basahlah pipi comel sahabat2 dan adik2 ana pada hari jumaat itu, pada 17 feb 2012. Syahdunya saat itu, berpelukan dalam tangisan kerana ALLAH, kerana merindui kekasihNYA… ALLAHUAKBAR!!!  Besar sungguh nikmatMU pada kami. Cerita ini ana cume kongsikan untuk kite same berusaha meletakkan ALLAH yang paling agung di hati kt dan menjadikan RASULULLAH SAW sebagai icon dalam hidup kite, kerana beliau terlalu merindui kite, terlalu banyak air mata baginda jatuh kerana kasih dan sayangnya pada kita, rindu pad kita… ALLAH…ampunkan kami.  Tujuan perkongsian adalah untuk kite lebih kuat di jalan ALLAH, bile orang tolak ape yang kite bawe, kt kene igt yg Rasulullah saw tengah t’senyum pada kite, ALLAH…
# ana mohon maah andai de kekurangan dalam perkongsian ana ini. Mohon ALLAH ampunkan dose kite semue, insyaALLAH , amin…=)